Tetapan kamera video
Untuk melaraskan tetapan kamera video
1
Aktifkan kamera.
2
Leret pada skrin untuk memilih
.
3
Untuk memaparkan tetapan, ketik .
4
Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian lakukan perubahan anda.
Gambaran keseluruhan tetapan kamera video
Pemilihan pemandangan
Ciri Pemilihan pemandangan membantu anda menyediakan kamera dengan pantas
untuk situasi biasa menggunakan pemandangan video yang dipraprogram. Setiap
tetapan pemandangan direka untuk menghasilkan video berkualiti terbaik mungkin dalam
persekitaran rakaman khusus.
Auto
Pemilihan pemandangan adalah automatik.
Matikan
Ciri Pemilihan pemandangan dimatikan dan anda boleh merakam video secara manual.
Tangkapan lembut
Gunakan untuk merakam video dengan latar lembut.
Landskap
Gunakan untuk video landskap. Kamera memfokus pada objek jauh.
Pemandangan malam
Apabila dihidupkan, kepekaan cahaya akan bertambah. Gunakan dalam persekitaran yang
bercahaya malap. Video objek yang bergerak pantas mungkin menjadi kabur. Tetapkan tangan anda
atau gunakan sokongan. Matikan mod malam apabila keadaan pencahayaan baik, untuk
memperbaiki kualiti video.
Pantai
Gunakan untuk video pemandangan tepi pantai atau tepi tasik.
Salji
Gunakan dalam persekitaran cerah untuk mengelakkan video dengan dedahan terlebih.
Sukan
Gunakan untuk video objek bergerak pantas. Masa dedahan yang singkat meminimumkan
pengaburan pergerakan.
Parti
Gunakan untuk video dalam bangunan, dalam persekitaran yang tidak terang. Pemandangan ini
menangkap pencahayaan latar dalam bangunan atau cahaya lilin. Video objek yang bergerak pantas
mungkin menjadi kabur. Tetapkan tangan anda atau gunakan sokongan.
Resolusi video
Laraskan resolusi video untuk format yang berbeza.
HD penuh (30 fps)
1920×1080(16:9)
Format Full HD (Definisi Tinggi Penuh) dengan 30 fps dan nisbah aspek 16:9.
HD penuh (60 fps)
1920×1080(16:9)
Format Full HD (Definisi Tinggi Penuh) dengan 60 fps dan nisbah aspek 16:9.
HD
1280×720(16:9)
Format HD (Definisi Tinggi) dengan nisbah aspek 16:9.
110
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
VGA
640×480(4:3)
Format VGA dengan nisbah aspek 4:3.
MMS
Rakam video yang sesuai untuk dihantar dalam mesej multimedia. Masa rakaman bagi format video ini
adalah terhad supaya fail video dapat muat dalam mesej multimedia.
Tangkapan auto (video)
Hidupkan penangkapan auto untuk mengambil gambar secara automatik semasa
merakam video. Menggunakan ciri Smile shutter™, kamera menangkap gambar muka
tersenyum secara automatik semasa anda terus merakam video anda.
Untuk menghidupkan Smile Shutter™ (video)
1
Aktifkan kamera.
2
Ketik .
3
Cari dan ketik
Penangkapan auto (video) > Pengatup Senyum.
SteadyShot™
Apabila merakam video, memegang peranti dengan stabil boleh menjadi sukar. Penstabil
membantu dengan mengimbangi pergerakan kecil tangan anda.
Aktif cerdas
Aktifkan untuk mengimbangi gegaran kamera besar dab kecil.
Standard
Aktifkan untuk mengalih keluar gegaran kamera frekuensi tinggi.
Matikan
Penstabil dimatikan.
Lampu
Gunakan suluh bagi menyediakan pencahayaan untuk video apabila keadaan
pencahayaan ambien tidak terang atau apabila terdapat cahaya latar. Ikon denyar video
tersedia pada skrin kamera video. Ambil perhatian bahawa kadangkala kualiti video
lebih baik tanpa cahaya walaupun keadaan pencahayaan kurang memuaskan.
Hidupkan
Matikan
Maklumat sokongan Kamera lebih lanjut
Gunakan menu Bantuan untuk mencari ujian berkaitan kamera dan maklumat lain yang
berguna. Untuk mengakses sokongan, ikuti langkah-langkah di bawah.
1
Buka aplikasi kamera.
2
Ketik , kemudian ketik
Lagi > Bantuan.
111
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.