Sony Xperia XZ - Mencari nombor pengenalan peranti anda

background image

Mencari nombor pengenalan peranti anda

Peranti anda mempunyai nombor pengenalan yang unik. Nombor ini dirujuk sebagai IMEI

(Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah menyimpan salinan

nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila anda mengakses

perkhidmatan sokongan Xperia™ Care untuk mendaftarkan peranti anda. Selain itu, jika

peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh menggunakan nombor ini

untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian dalam negara atau rantau

anda.

Untuk melihat nombor IMEI pada dulang label

1

Buka penutup slot kad SIM nano dan kad ingatan.

2

Keluarkan dulang kad SIM/Ingatan. Letakkan kuku atau objek lain yang panjang

dan tajam di bawah bahagian tepi jalur label, kemudian tarik jalur ke luar. Nombor

IMEI ialah yang dipaparkan pada jalur.

Anda juga boleh melihat nombor IMEI, dengan membuka pendail telefon dan memasukkan

*#06#

.

Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Mengenai telefon > Status > Maklumat IMEI.